SEJARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PENUBUHAN
Pada peringkat awalnya, Maktab Perguruan Islam hanya merupakan satu unit Pendidikan Agama Islam di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras, Kuala Lumpur pada bulan Februari 1977. Unit Pendidikan Agama Islam telah menawarkan kursus kepada 87 orang pelatih dengan tiga orang pensyarah. Kursus yang ditawarkan hanyalah Kursus Perguruan Sekolah Menengah sahaja.

Menumpang di bangunan Institut Bahasa
Pada 25 April 1977, tertubuhlah Maktab Perguruan Islam secara rasmi dan berpindah dari satu unit di MPIK ke bangunan Institut Bahasa, sesi sebelah petang sehingga November 1977. Di sini, Kursus Pendidikan Perguruan Sekolah Rendah dimulakan dengan pengambilan 237 orang pelatih baru Tahun 1. Tiga jabatan diwujudkan iaitu Jabatan Pengajian Agama Islam, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Bahasa Malaysia.
Berpindah ke bangunan UKM, Petaling Jaya
Maktab Perguruan Islam berpindah buat kali kedua ke bangunan Universiti Kebangsaan Malaysia di Petaling Jaya pada bulan November 1977 hingga April 1983. Beberapa unit bertambah lagi bagi memenuhi keperluan kursus-kursus yang ditawarkan di maktab. Selain daripada tiga jabatan yang ditubuhkan semasa di Institut Bahasa, dua unit lagi diwujudkan iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Gerko.
Berpindah dan menumpang di Bangunan UKM, Lembah Pantai Kuala Lumpur
Daripada Mei 1983, Maktab Perguruan Islam berpindah di bangunan UKM, Lembah Pantai Kuala Lumpur, sementara menunggu bangunan baru maktab siap di Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Maktab mengalami perkembangan pesat sejak ia ditubuhkan. pada tahun 1990 bilangan pelatih meningkat kepada 1,217 orang dan pensyarahnya bertambah kepada 110 orang. Kursus-kursus yang ditawarkan selain dari Kursus Perguruan Asas Pendidikan Sekolah Menengah dan Rendah, Kursus Dalam Cuti, Kursus Diploma Pendidikan dan Kursus Dalam Perkhidmatan turut ditawarkan. Tujuh buah jabatan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Agama Islam, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Bahasa, Jabatan Kajian Sosial dan Jabatan Bahasa Inggeris.

Kampus baru Maktab Perguruan Islam di Bangi, Selangor Darul Ehsan
sebagai sebuah institusi perguruan tunggal yang mengeluarkan guru-guru terlatih di dalam bidang pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah rendah dan guru bahasa Arab untuk sekolah menengah, maka sewajarnya satu kampus yang tetap dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan akademik dan asrama dirancangkan oleh Kementerian Pendidikan.
Pembinaan kampus baru Maktab Perguruan Islam telah dirancangkan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga tetapi kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan di dalam Rancangan Malaysia Kelima. Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah-langkah tertentu di dalam usaha untuk mendapatkan tanah seluas 100 ekar daripada kerajaan Selangor Darul Ehsan. Kompleks baru Maktab Perguruan Islam menggunakan rekabentuk yang berunsur Islam. Kompleks maktab dilengkapi dengan kemudahan akademik, asrama, kediaman kakitangan dan gelanggang permainan.
Pada 14 Julai 1990, Maktab Perguruan Islam telah berpindah ke bangunan kampus baru di Bangi. Semua pensyarah, guru pelatih dan kakitangan maktab pada masa Pada 14 Julai 1990, Maktab Perguruan Islam telah berpindah ke bangunan kampus baru di Bangi. Semua pensyarah, guru pelatih dan kakitangan maktab pada masa itu terlibat dengan proses pemindahan tersebut. Kini Maktab Perguruan Islam terus berkembang pesat dan pertambahan pelatih kepada seramai 1209 orang dan pensyarah 145 orang.
PENGISTIHARAN NAMA MAKTAB PERGURUAN ISLAM KEPADA INSTITUT PERGURUAN ISLAM, SELANGOR
Pada 1 April 2006 nama Maktab Perguruan Islam (MPI) telah ditukar kepada Institut Perguruan Islam, Selangor (IPI) melalui satu pengistiharan yang dibuat di Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR) Kota Semarahan, Sarawak. Pengistiharan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 yang bersetuju menaikkan taraf Maktab-maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Kini IPG Kampus Pendidikan Islam telah